Laluan terbaik meneruskan pengajian bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal Elektronik di Universiti Jepun.
"Sumbangan Anda Akan Melayakkan Anda Memohon Tolakan Cukai Dari Kerajaan Malaysia, Disamping Dapat Membantu Golongan Miskin.
"Satu Dana Khas Bagi Membantu Pelajar Meningkatkan Kemahiran Mereka Melalui Pelbagai Program Dan Seminar Secara Percuma.
Yayasan Pelajaran MARA (YPM) setelah lebih 45 tahun penubuhannya masih teguh berdiri dan bersemangat untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan golongan Bumiputera di negara ini. Merupakan wadah memantapkan peranan YPM sendiri untuk terus mendekati masyarakat terutamanya pelajar dan pemimpin demi memastikan agenda transformasi negara amnya dan MARA khususnya dalam bidang pendidikan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai modal insan global dan berintegriti.Pelaksanaannya adalah selaras dengan kehendak dan keperluan agenda pendidikan YPM sebagai Pelengkap Ilmu Bumiputera.
Antara Program Pembangunan Modal Insan Baca Lagi Projek DPPT atau dikenali sebagai 'Higher Education Loan Fund Project' (HELP) adalah Projek Pendidikan Tinggi Jepun Kerajaan Malaysia yang telah dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1983.
Penubuhan YPM ialah hasil idea, HASRAT dan ASPIRASI PEJUANG serta PEMIMPIN MELAYU dahulu yang ingin melihat anak bangsanya maju seperti bangsa-bangsa lain di dunia ini. Kita amat bertuah sekali memiliki dan mempunyai golongan pemikir dan pemimpin yang berwawasan serta berpandangan jauh. Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab YPM untuk meneruskan perjuangan demi memastikan hasrat pemimpin berwawasan ini dapat dilaksanakan.
Yayasan Pelajaran MARA telah dilantik sebagai Agensi pelaksana Projek HELP dan telah mula melaksanakannya pada tahun 1993. Projek HELP dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui Geran Pengurusan Projek dan Pinjaman Kerajaan Malaysia dari Kerajaan Jepun.
Download Video: MP4, WebM, Ogg
HTML5 Video Player by VideoJS
|
|
TEL : +603-2692 7273 / 2692 7015 | FAKS : +603-2692 7279 |