SAA Facebook
Facebook Skim Anak Angkat

PROGRAM MEMBELA PELAJAR MISKIN - SKIM ANAK ANGKAT YPM

PENGENALAN

Skim Anak Angkat Yayasan Pelajaran MARA yang telah diwujudkan sejak tahun 1983 lagi, adalah satu strategi dalam usaha murni YPM untuk mengajak masyarakat bersama-sama mengambil peduli terhadap nasib anak-anak yang kurang bernasib baik agar dapat menikmati alam persekolahan yang lebih sempurna, iaitu dengan membantu menampung perbelanjaan persekolahan harian mereka. Matlamat program ini adalah untuk mempertingkatkan taraf pencapaian dan prestasi pendidikan anak-anak ini, di samping memastikan setiap orang daripada mereka menamatkan pelajaran sekurang-kurangnya lepas tingkatan 5.

Skim ini diasaskan oleh Datuk Seri Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad dan telah dilaksanakan sejak tahun 1983. Para penyumbang sama ada pihak individu atau syarikat korporat yang memilih untuk menyumbang melalui skim ini dinamakan sebagai Keluarga Angkat YPM.

Menerusi skim ini, pelajar-pelajar ini juga diberikan pendedahan dan kesedaran tentang betapa pentingnya pelajaran dalam mengubah nasib diri dan kehidupan keluarga masing-masing. Program bersepadu menerusi siri bengkel, seminar, kem motivasi, kecemerlangan peperiksaan dan sebagainya diadakan secara berjadual untuk memberikan galakan, motivasi serta rangsangan kearah peningkatan dan kecemerlangan diri.

Program-program lawatan ke tempat-tempat menarik dan tinggal bersama keluarga angkat (hanya dengan persetujuan Keluarga Angkat) diadakan bagi membantu mendedahkan anak-anak ini kepada dunia luar yang positif dan mampu merangsang minda dan sikap positif mereka, dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Melalui konsep Keluarga Angkat – Anak Angkat, YPM mengharapkan sumbangan ikhlas daripada anda. Sumbangan anda mampu mengubah kehidupan dan masa depan mereka.

Terangilah masa depan mereka.

ANAK ANGKAT

YPM mengenalpasti pelajar-pelajar bumiputera dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dari peringkat Darjah 1 sehingga Tingkatan 5, yang dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan untuk ditawarkan kepada anda yang berminat untuk menaja persekolahan mereka.

KELUARGA ANGKAT

Yayasan Pelajaran MARA sangat mengharap serta mengalu-alukan keperihatinan masyarakat Malaysia khususnya dari kalangan bumiputera yang telah berjaya atau lebih bernasib baik, untuk bersama-sama memandang kekurangan mereka dan menghulurkan tangan membantu mereka dengan menyumbang kepada program ini sebagai Keluarga Angkat. Anda bolehlah menyumbang samada secara individu atau sebagai sebuah organisasi korporat. Sebagai Keluarga Angkat, anda bersedekah ke jalan Allah dengan menaja persekolahan pelajar-pelajar di bawah Skim ini.

Sumbangan ini akan disalurkan terus kepada pelajar-pelajar yang telah dipilih dan dipersetujui ditaja oleh Keluarga Angkat masing-masing.

Kecil Bagi Anda, Besar Buat Mereka

PERANAN YAYASAN PELAJARAN MARA

Selain dari bertindak sebagai perantara, YPM juga merangka dan mengendalikan program-program pembangunan diri secara berkala atau ad hoc.

Pemantauan Prestasi Pelajar

YPM juga memantau prestasi dan perkembangan pelajar-pelajar ini dari masa ke semasa. Keputusan peperiksaan terutamanya peperiksaan peringkat kebangsaan akan diperolehi oleh YPM dari pihak sekolah dan memanjangkannya kepada Keluarga Angkat.

Dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Surat Beranak pelajar, Keluarga Angkat juga boleh melihat prestasi pendidikan bulanan/semester Anak Angkat masing-masing di laman web Kementeran Pelajaran Malaysia (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah):

Kementeran Pelajaran Malaysia (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)

PELAN SUMBANGAN

Keluarga Angkat boleh membuat bayaran berkala mengikut jadual dan kaedah sumbangan yang paling mudah mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing. Bagaimanapun kami mencadangkan Pelan Sumbangan seperti di bawah ini untuk kemudahan kedua-dua pihak iaitu penyumbang dan YPM juga.

 

jadual permohonan

MENYERTAI SKIM KELUARGA ANGKAT

Untuk menyertai Skim Keluarga Angkat YPM, anda boleh memuat turun borang dari portal YPM.

Tatacara Permohonan Skim Keluarga Angkat YPM

Langkah Pertama - Borang Penyertaan

Melengkapkan Borang Penyertaan Skim Keluarga Angkat

Ke Halaman Muat Turun

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada :

Seksyen Skim Anak Angkat
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA
No 232, Jalan Tunku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur.

Langkah Kedua - Pemilihan Anak Angkat

YPM akan menyemak borang dan mengemukakan calon-calon Anak Angkat berdasarkan kriteria yang dipilih oleh Keluarga Angkat.

Langkah Ketiga - Sumbangan Keluarga Angkat

Setelah Keluarga Angkat bersetuju dengan Anak Angkat, sumbangan boleh dimulakan mengikut jadual sumbangan yang telah dipilih oleh Keluarga Angkat.

KAEDAH SUMBANGAN

KAEDAH 1: Portal YPM

Sumbangan Online boleh dilakukan melalui E-Donation

KAEDAH 2: Sumbangan Wang Tunai atau Cek melalui Kaunter Bank

tunai

Nota:
Sila hantar slip sumbangan anda melalui faksimili ke 03-26915199 atau secara imbas (scan) dan emailkan kepada contact.saa@ypm.org.my

Resit Rasmi akan dikeluarkan oleh YPM setelah menerima butiran sumbangan anda.

KAEDAH 3: Sumbangan melalui online

online

  • Sila buatkan salinan skrin 'deposit'.
  • Emailkan salinan skrin 'deposit' kepada contact.saa@ypm.org.my
  • Resit Rasmi akan dikeluarkan oleh YPM setelah menerima butiran sumbangan anda.

KAEDAH 4: Penghantaran Wang Pos atau Cek melalui Pos

Tuliskan cek atas nama SKIM ANAK ANGKAT YAYASAN PELAJARAN MARA dan poskan ke alamat berikut:

Seksyen Skim Anak Angkat
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA
No 232, Jalan Tunku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Pendidikan Skim Anak Angkat
Yayasan Pelajaran Mara
Tingkat 18 Menara MARA
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 / Samb : 128/129

Pegawai Terlibat:

Pn. Zainah Binti Ibrahim
Pn. Sabrina Binti Ahmad

85ada1a9ac607a607ca160a8b2a5a67d62ada1a9acb4af7aa3afaeb4a1a3b46eb3a1a180b9b0ad6eafb2a76eadb9627ea3afaeb4a1a3b46eb3a1a180b9b0ad6eafb2a76eadb97c6fa17e7c6fb07e4d4a7cb07e eTa1gKA8xs9dg93BNqOVymm6IBvDQ7s caesar Spam Protection : please enable JavaScript

PENGECUALIAN CUKAI

Sumbangan ini layak mendapat pecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No.1395 bertarikh 10 April 1989.

 

Muat Turun Artikel Penuh

 

Video Korporat

Pilih Bahasa

Malay Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) English Japanese

kklwmarakptmgiat marauniklkpm1mygovdewan bahasaiimmscinfra

logo ypm-shadow 



YAYASAN PELAJARAN MARA

ARAS 18, MENARA MARA, NO. 232 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR

TEL : +603-26927273 / +603-26927015 | FAKS : +603-26927279