Yayasan Pelajaran MARA (YPM) melaksanakan inisiatif CSR yang disalurkan kepada pelajar miskin peringkat persekolahan. Bantuan yang disampaikan adalah sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar. Inisiatif berbentuk bantuan peralatan/kelengkapan persekolahan / wang tunai adalah berperanan dalam memastikan pelajar dari golongan pertengahan dan rendah mendapat perhatian sewajarnya selain memberi sokongan moral kepada ibu bapa/penjaga dalam membantu menyediakan keperluan persekolahan.
Inisiatif CSR utama yang dilaksanakan oleh YPM adalah Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP). Skim ini terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu:
- Skim Bantuan Persekolahan - Rendah & Menengah
Bantuan “one- off’ berbentuk kewangan kepada pelajar bagi keluarga yang berpendapatan rendah dengan kadar maksima RM 500.00 ( Menengah) dan RM 300.00 (Rendah). - Skim Bantuan Persekolahan – NGO / Rakan Strategik
Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar. - Skim Bantuan Persekolahan – Program Khas
Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar yang diluluskan oleh Pengurusan / Lembaga Pengarah YPM. - Skim Bantuan Khas Persekolahan
Bantuan kepada pelajar-pelajar atau institusi / organisasi / pusat-pusat kebajikan / lain-lain yang berkaitan yang ditimpa bencana atau musibah (kebakaran, banjir, kemalangan) dalam bentuk kewangan / barangan / peralatan - Skim Bantuan Persekolahan – Insentif
Bantuan kepada pelajar-pelajar yang menunjukan prestasi cemerlang dalam peperiksaan utama UPSR / PT3 / SPM / STPM atau pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam sukan, hafazan (tahfiz) dan lain-lain kecemerlangan yang difikirkan bersesuaian.
MISI
- Untuk memastikan SBP berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat walaupun ditimpa bencana.
- Untuk memastikan SBP berperanan sebagai pemangkin kepada memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pelajar agar berada pada peringkat terunggul.
- Untuk menjalinkan rangkaian strategik bersama individu dan agensi berpotensi dalam memastikan pelajar miskin terbela dan pendidikan diperkasa.
- Untuk memastikan SBP sentiasa meningkatkan tahap keberkesanan penyampaian dana bantuan persekolahan YPM.
- Untuk memastikan bantuan yang bakal disalurkan sampai dan bermakna kepada pelajar miskin.
- Untuk memastikan kakitangan SBP sentiasa boleh menerima inisiatif-inisiatif baru dari aspek pengukuhan modal insan.
- Untuk memastikan kecekapan sistem penyampaian berdasarkan kepada budaya kerja cepat, tepat dan betul diterapkan di dalam budaya kerja kakitangan SBP.
OBJEKTIF
- Sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.
- Memastikan pelajar golongan pertengahan juga mendapat perhatian sewajarnya.
- Berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat.
- Memberi sokongan moral kepada ibubapa / keluarga / penjaga dalam membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.
FAEDAH - FAEDAH
Pelajar
|
Penyumbang
|
BENTUK DAN KADAR BANTUAN
Harap maklum bahawa Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.
HUBUNGI KAMI
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-
Bahagian Khidmat Komuniti
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #sbp